Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 15 Januari, 2019

parent
Analisis Forex:::2019-01-15T07:42:25

Analisis Teknikal Emas untuk 15 Januari, 2019

Hari ini, kita melihat carta mingguan Emas sejak tahun 2007. Emas diniagakan dalam aliran menaik jangka pendek dan kita bercakap tentang sasaran jangka pendek yang terletak pada tahap $1,310-20 dan kemungkinan trend ini dapat meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap rintangan utama jangka panjang $1,350-60. Tetapi apakah yang harus kita jangkakan sekiranya harga berjaya menembusi tahap ini?

Analisis Teknikal Emas untuk 15 Januari, 2019

Garis hijau - Sokongan jangka panjang

Garis merah - Garis aliran utama rintangan

Emas telah menghampiri garis aliran sokongan hijau dan menembusinya. Emas kini dilihat sedang menuju ke arah garis aliran rintangan merah yang berada di sekitar tahap $1,350. Penembusan harga di atas kawasan harga ini akan mendorong emas untuk bergerak ke arah tahap $1,550- $ 1,660. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa harga berkemungkinan besar akan membaut penolakan awal dan ditarik semula pada kawasan rintangan $1,350, sebelum ia membuat penembusan harga. Sudah tentu senario kenaikkan harga ini akan dibatalkan jika harga berjaya menembusi di bawah garis aliran sokongan hijau. Kemudian, emas diramalkan akan bergerak di bawah tahap $1,000 menghampiri ke arah $700-800 atau lebih rendah.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...