Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 15 Januari, 2019

parent
Analisis Forex:::2019-01-16T01:44:10

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 15 Januari, 2019

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 15 Januari, 2019

Sejak pertengahan November, pembentukkan corak harga tinggi yang lebih rendah telah dinyatakan dibawah garis aliran menurun 4H yang digambarkan disekitar tahap 1.2870 dan 1.2780.

Tidak lama selepas itu, pasangan mata wang ini telah membuat penurunan harga mendadak ke arah tahap 1.2500 sebelum pemulihan kenaikkan harga berlaku pada 12 Disember.

Corak 'Head & Shoulders' menaik ditunjukkan pada carta 4H dengan 'neckline' yang terletak sekitar tahap 1.2660-1.2680. Oleh itu, penembusan kenaikkan harga yang berjaya di atas saluran penurunan harga telah ditunjukkan pada 24 Disember lalu.

Pada 31 Disember lalu, percubaan penembusan kenaikan harga awal di atas tahap 1.2720 telah ditunjukkan pada carta 4H. Walau bagaimanapun, pasaran gagal mengekalkan momentum kenaikkan harga yang mencukupi di atas tahap 1.2800 (jarak pertengahan penyatuan yang digambarkan).

Itulah sebabnya, satu lagi penurunan harga telah dilihat ke arah tahap 1.2500 (bahagian belakang saluran yang ditembusi) di mana pemulihan kenaikkan harga yang signifikan telah ditunjukkan pada dua minggu yang lalu.

Minggu lalu, satu lagi penembusan menaik di atas tahap 1.2720 telah cuba menyambung semula senario menaik pasaran yang menuju ke arah tahap 1.2800, 1.2880 dan 1.3000.

Ketahanan aliran menaik di atas tahap 1.2800 (Julat pertengahan) adalah mandatori bagi pembeli. Mana-mana penurunan harga di bawah tahap 1.2800 akan membatalkan skenario kenaikkan harga yang akan mendorong pasangan mata wang GBP/USD untuk membuat pengukuhan mendatar sekali lagi ke arah tahap 1.2720 (Had yang lebih rendah dari julat pengukuhan yang digambarkan).

Sebaliknya, tahap 1.2880 kekal sebagai rintangan utama urusniaga harian yang bersamaan dengan had atas zon pengukuhan sebelumnya (1.2720-1.2880).

Penembusan kenaikkan harga yang tinggi di atas tahap 1.2880 adalah wajib bagi Pembeli sebagai kemasukan isyarat MEMBELI yang sah untuk melihat aliram menaik selanjutnya ke arah tahap 1.3000 pada mulanya.


Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...