Harga emas kekal berdagang dalam corak segi tiga jangka pendek. Aliran harga jangka sederhana masih menaik. Sekiranya segitiga ini ditembusi untuk aliran menaik, emas berkemungkinan besar akan mencapai tahap $1,310- $1,320. Inilah senario yang paling bermungkinan. Jika Emas menembusi ke arah bawah, kita harus mengharapkan bahawa harga akan bergerak ke arah tahap $1,270 atau lebih rendah.
Segitiga hijau - kawasan sokongan
Garis ungu - saluran kenaikkan harga
Garis hitam - corak segi tiga
Harga emas kekal berdagang di dalam saluran kenaikan harga dan di dalam corak segi tiga jangka pendek. Rintangan terletak pada tahap $1,295.50 dan sokongan pada tahap $1,286. Sekiranya tahap $1,286 ditembusi, kita dapat melihat harga Emas menguji sempadan saluran yang lebih rendah dan mungkin kawasan sokongan segitiga hijau yang pertama pada tahap $1,276-80. Bagi senario kenaikkan harga jangka pendek $1,310-20 kekal sah, aliran menaik perlu menembusi di atas kawasan $1,270-75.