Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 23 Januari, 2019

parent
Analisis Forex:::2019-01-23T07:43:10

Analisis Teknikal Emas untuk 23 Januari, 2019

Emas telah memperlihatkan kenaikkan sejak bulan Ogos dan berjaya melonjak dari tahap $1,160 menghampiri ke tahap $1,300, di mana kami mendapati Penarikan Semula Fibonacci utama berada. Walaupun secara teknikalnya, emas kini diniagakan dalam arah aliran menaik dan penarikan harga ini dianggap sebagai pembetulan, kita tidak boleh mengabaikan senario penurunan harga.

Analisis Teknikal Emas untuk 23 Januari, 2019

Segitiga hijau - sasaran seterusnya jika rintangan pada tahap $1,300 ditembusi

Segitiga merah - Rintangan Fibonacci

Emas dilihat telah mencapai tahap rintangan Penarikan Semula Fibonacci 61.8% dan ditolak. Ini adalah merupakan tahap Fibonacci utama kerana di sekitar tahap ini, kami kebiasanya melihat perubahan trend. Oleh yang demikian, selagi harga kekal diniagakan di bawah kawasan rintangan $1,300, para pedagang diingatkan untuk berhati-hati dan senario aliran menurun untuk penarikan semula harga yang lebih dalam masih sah. Sekiranya harga menembusi di atas tahap rintangan maka harga berkemungkinan besar akan mencapai tahap $1,320. Sokongan jangka pendek ditemui terletak pada tahap $1,270 dan mana-mana penembusan harga di bawah tahap ini akan menjadi isyarat untuk penurunan harga. Pergerakkan harga di bawah $1,250-25 akan meningkatkan peluang aliran menurun yang lebih ketara mensasarkan ke tahap lebih rendah dari $1,160.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...