Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari tahap 1.1330 menghampiri ke arah tahap 1.14 tetapi kekal di bawahnya. Ini bukan sesuatu yang ingin dilihat oleh orang ramai. Aliran menaik mahu melihat harga menembusi harga rintangan utama seperti 1.14. Sebaliknya, aliran menurun jangka pendek masih mengukuh. Aliran menurun kekal mendominasi pasaran.
Titik merah - kekuatan rintangan maksimum 1 jam
Titik biru - kekuatan sokongan sederhana 1 jam
Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah berhenti membuat corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah dan sebagaimana ia telah membuat tahap rendah pada 1.1336, ia kini menunjukkan tanda-tanda pembalikan harga. Tiada pengesahan pembalikan harga di dalam carta 1-jam tetapi penembusan harga di atas tahap 1.14 akan menjadi sesuatu yang ingin dilihat. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.1360 dan penembusan harga di bawahnya akan membuka jalan untuk pasangan mata wang EUR/USD ini bergerak ke arah rendah atau bahkan merekodkan tahap rendah baru. Rintangan utama untuk aliran jangka panjang kekal pada tahap 1.1480. Penutupan harian di atas tahap ini akan meningkatkan peluang untuk harga melepasi tahap tinggi Januari. Sehingga itu, aliran menurun menganggap sebarang lantunan harga sebagai peluang mengambil pesanan menjual.