Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.3299. Semalam, pasangan mata wang ini telah melonjak dari tahap 1.3299 (tahap 1.3299 adalah bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%) ke tahap tinggi sekitar 1.3352. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3299, dan diikuti oleh tahap 1.3254, manakala rintangan harian 1 dilihat pada 1.3377. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF masih berdagang di antara tahap 1.3334 dan 1.3405; untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 71 pips (1.3405 - 1.3334). Merujuk kepada carta 1H, rintangan segera dilihat terletak pada 1.3370, yang bertepatan dengan 'double top' pada carta H1. Pada masa ini, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh indikator RSI bahawa harga masih dalam pasaran menaik. Harga masih di atas Moving Average (MA)(100). Oleh itu, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap rintangan pertama 1.3370, ia berkemungkinan besar akan meningkat menuju ke arah rintangan harian pada tahap 1.3405 untuk mengujinya. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan kedudukan untuk meletakkan pesanan stop loss; ini harus ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 1.3254.