Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental EUR/USD untuk 28 Januari 2019

parent
Analisis Forex:::2019-01-28T07:56:08

Analisis Fundamental EUR/USD untuk 28 Januari 2019

Pasangan mata wang EUR / USD telah sedikit dalam keadaan tidak menentu baru-baru ini, yang didagangkan di dalam jarak pembetulan antara kawasan 1.1200 sehingga 1.1500. Menjelang Kenyataan FOMC, kemas kini dasar, dan laporan NFP pada minggu ini, USD dijangka mengalami peningkatan turun naik terhadap EURO sepanjang minggu.

Rizab Persekutuan tidak dijangka menaikkan kadar dana rasminya yang kini berada pada catatan sebanyak 2.50%. Walaupun Rizab Persekutuan AS dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun ini, kenaikan kadar harga cenderung dijangka ditangguhkan pada suku ke-2 tahun ini. Para pelabur akan terus berhati-hati dengan ucapan Jerome Powell pada sidang akhbar pada hari Rabu untuk sebarang petunjuk yang dapat diberikan oleh bank pusat ketika semakin hampir untuk mengakhiri kunci kira-kira. Jabatan Tenaga Kerja AS akan menerbitkan laporan NFP pada hari Jumaat minggu ini. Walaupun jangkaan adalah kepada penurunan, sebarang perubahan positif boleh menyebabkan keuntungan tertentu pada sudut dagangan USD. Laporan Keyakinan Pengguna CB AS pada hari esok dijangka menurun sehingga 125.0 dari angka sebelumnya iaitu 128.1.

Pada sudut dagangan EUR, menjelang ucapan Presiden ECB Draghi pada hari ini, EUR berjaya memperoleh momentum berbanding USD. Pertumbuhan ekonomi zon Eropah menandakan kelembapan lebih daripada yang dijangkakan. Selepas mesyuarat dasar ECB, Presiden Draghi memberi amaran kelemahan lagi dalam zon Eropah dalam jangka pendek. Berdasarkan kaji selidik suku tahunan ECB, elemen utama kemas kini dasar pada hari Khamis menurunkan pertumbuhan KDNK pada tahun 2019 kepada 1.5% yang dijangka berada pada catatan sebanyak 1.8% pada ramalan sebelumnya. Inflasi juga mencecah kepada 1.5% yang diunjurkan pada catatan sebanyak 1.7% lebih awal. ECB telah kehilangan sasaran inflasi sejak tahun 2013 tetapi konsistensi dalam hal ini semakin buruk bagi ekonomi dalam tempoh jangka masa panjang. Sekiranya ucapan Draghi pada hari ini memberi sebarang petunjuk positif kepada para peserta pasaran, ini pasti akan menaikkan harga bagi EUR. Sekiranya tidak, EUR dijangka akan merosot dari segi momentum berbanding USD.

Sementara itu, keuntungan EUR yang berterusan dijangka menjadi jangka pendek dan USD mungkin akan kembali semula selepas beberapa pembetulan dengan pengukuhan yang lebih baik pada hari-hari yang akan datang.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga baru-baru ini meliputi tekanan penurunan harga impulsif dengan sesi penutup harian. Pada masa ini harga bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Harga sedang menuju kawasan rintangan 1.1450-1.1500 sebelum menolak ke tahap yang lebih rendah lagi dengan sasaran ke arah kawasan sokongan 1.1200-1.1300 pada hari-hari yang akan datang. Berikutan daripada harga masih di bawah kawasan 1.1500, kecenderungan penurunan harga adalah dijangka berterusan.

SOKONGAN: 1.1200-50, 1.1300

RINTANGAN: 1.1450, 1.1500

KECENDERUNGAN: MENURUN

MOMENTUM: VOLATILITI

Analisis Fundamental EUR/USD untuk 28 Januari 2019

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...