Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD dilihat telah menembusi tahap rintangan yang bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0.6705 minggu ini. Tahap 0.6705 adalah bertepatan dengan nisbah emas (Fibonacci 61.8%), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. RSI dianggap 'overbrought', sebagaimana harga kini berada di atas paras 70. RSI masih menunjukkan isyarat aliran menaik kerana ia masih kukuh di atas Moving Average (MA)(100). Selain itu, sila ambil perhatian bahawa titik pangsi dilihat pada tahap 0.6882. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan erti kata lain, pesanan membeli disyorkan untuk ditetapkan di atas tahap 0.6800 dengan sasaran pertama pada tahap 0.6882. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6882 dan seterusnya ke tahap 0.6984. Tahap 0.6984 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Walau bagaimanapun, jika berlakunya penembusan harga pada tahap sokongan 0.6705, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.