Analisis Teknikal EUR/USD untuk 07/02/2019:
Pasangan mata wang ini menyaksikan penurunan ketara ke arah zon sokongan utama
Gambaran keseluruhan pasaran teknikal:
Pasaran bagi pasangan mata wang EUR/USD dilihat meneruskan dagangan menurun ke arah zon sokongan teknikal utama yang terletak di antara tahap 1.1324 - 1.1336. Pasaran telah membuat pembentukan graflilin yang dikenali sebagai "Three Soldier" sebanyak kali berturut-turut dalam pergerakkan menurun, oleh yang demikian, momentum adalah kuat di sebalik pergerakkan tersebut, tetapi keadaan pasaran kini terlebih jual (overseold), oleh itu, penarikan semula harga ke tahap rintangan 1.1390 berkemungkinan akan berlaku sebelum ia bergerak lebih rendah.
Tahap Pangsi Mingguan:
WR2 - 1.1577
WR1 - 1.1517
Pangsi Mingguan - 1.1454
WS1 - 1.1390
WS2 - 1.1330
Cadangan Perdagangan:
Kesemua pesanan menjual yang diambil dari semalam harus ditutup dengan keuntungan kerana semua tahap TP telah berjaya ditembusi. Bagi pedagang yang mempunyai pesanan menjual terbuka, anda harus menetapkan turutan stop loss yang ketat sebagaimana risiko penarikan semula harga adalah tinggi. Sasaran semasa terletak pada zon sokongan di antara tahap 1.1324 - 1.1336. Tahap utama untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.1434 dan hanya apabila tahap ini ditembusi dengan jelas, prospek dagangan jangka pendek mungkin akan berubah menjadi lebih menaik.