Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai sasaran penurunan kami dan mencabar sokongan Penarikan Semula Fibonacci 78.6%. Saya masih menjangkakan lantunan harga ke arah tahap 1.1380-1.14 di mana kita akan melihat kekuatan aliran menaik jika ia cukup untuk mengatasi aliran menurun.
Garis merah - garisan aliran rintangan utama
Segitiga hijau - corak menaik berulang
Garis hitam - melantun sasaran dan rintangan
Garis ungu - arah pergerakkan yang dijangkakan
Pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat sedang menguji sokongan Fibonacci. RSI 4 jam kini 'oversold' dan saya menjangkakan bahawa harga sekurang-kurangnya akan membuat lonjakan menaik jangka pendek ke arah tahap 1.1380-1.14 di mana kami mendapati rintangan Penarikan Semula Fibonacci 38% pada penurunan terakhir. Penembusan harga di atas tahap 1.14 akan menjadi isyarat kenaikan harga sekurang-kurangnya untuk dagangan jangka pendek. Penembusan harga seperti ini berpotensi menolak harga kembali ke arah aliran rintangan menurun. Hanya penembusan harga di atas tahap 1.15 akan membolehkan aliran menaik mendominasi semula pasaran.