Meskipun harga diniagakan lebih rendah ke arah tahap 1.1250 dan membuat corak harga rendah yang lebih rendah baru, harga dilihat telah kembali melantun semula seklaigus mengesahkan kawasan sokongan di sekitar tahap 1.1250-1.1280. Saya masih mengharapkan bahawa harga akan melonjak lebih tinggi dari tahap semasa tetapi selagi harga berdagang di bawah tahap 1.15, aliran menurun akan kekal mendominasi pasaran.
Garis hitam - perbezaan (divergence) kenaikkan harga
Garisn merah - garis aliran rintangan utama
Garis hijau - garis aliransokongan
Segitiga hitam - lantunan kawasan sasaran.
Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat tiga penembusan pada garis aliran sokongan hijau pada setiap kali lantunan harga. Kegagalan harga untuk mencapai Penarikan Semula Fibonacci 38% adalah isyarat untuk penurunan harga. Walau bagaimanapun, RSI yang menyimpang juga adalah merupakan pembetulan yang lebih mendatar atau lantunan harga ke arah tahap 1.1350-1.14 yang sepatutnya mengikuti aliran menurun dari tahap 1.1510. Sasaran yang paling berkemungkinan kekal pada tahap 1.1340 dan mungkin juga ke arah tahap 1.14. Selagi harga berada di bawah garis rintangan merah, aliran menurun akan kekal mendominasi pasaran jangka sederhana. Untuk dagangan jangka pendek, saya lebih gemar untuk menunggu lantunan harga dan mengambil pesanan menjual apabila isyarat penolakan berhampiran sasaran lantunan saya dilihat.