Emas membuat kenaikan harga yang lebih tinggi seperti yang dijangkakan selepas ia menembusi di atas rintangan jangka pendek pada tahap $1,317. Menurut analisis yang terdahulu, saya ada menyatakan bahawa tahap $1,317 adalah rintangan utama untuk aliran menaik. Penembusan harga di atas tahap tersebut akan memberikan isyarat kenaikan harga.
Garis ungu - saluran kenaikkan harga
Segitiga kuning - sokongan utama
Garis hitam - rintangan
Emas kekal diniagakan dalam arah aliran menaik sebagaimana harga terus membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Sokongan kekal berada pada tahap $1,300 dan jika ditembusi, aliran menaik sejak Ogos dijangkakan akan berakhir. Rintangan dan tahap tinggi sebelumnya telah ditembusi semalam tetapi harga kekal di sekitar kawasan ini. Selagi harga berdagang di atas tahap $1,311, kami masih menjangkakan akan melihat penembusan harga pada tahap $1,330-40.