Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang AUD/USD ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.7046 yang bersamaan dengan Penarikan Semula Fibonacci 23.6% dan 0.7168. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan aliran menaik. Oleh itu, sokongan utama dilihat pada tahap 0.7046, kerana trend masih menunjukkan pengukuhan harga di atasnya. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini dilihat masih dalam arah aliran menaik di kawasan 0.7046 dan 0.7168. Pasangan mata wang AUD/USD kini diniagaakn dalam arah aliran menaik dari garis sokongan terakhir 0.7112 ke tahap rintangan pertama 0.7168 untuk mengujinya. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa pasangan mata wang AUD/USD ini masih dalam pasaran trend menaik. Sekarang, pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.7168 dan seterusnya ke tahap 0.7290. Tahap 0.7389 akan bertindak sebagai rintangan utama dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.7389. Pada masa yang sama, jika terdapat penembusan harga pada tahap sokongan 0.7112 dan 0.7046, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal. Secara keseluruhannya, walau bagaimanapun, kami masih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.