
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah sekitar tahap pangsi mingguan (1.1393). Ia meneruskan dagangan menurun dari tahap 1.1393 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 1.1335. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.1393, dan diikuti oleh tahap 1.1426, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 1.1335. Selanjutnya, Moving Averages (MA)(100) mula menunjukkan aliran menurun; oleh itu, pasaran menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.1393. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 1.1393 dengan sasaran pertama pada tahap 1.1335. Ia juga akan mendorong aliran menurun untuk meneruskan pergerakkan ke tahap 1.1294. Sokongan harian yang kuat dilihat pada tahap 1.1254. Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di antara tahap 1.1393 dan 1.1254 dalam beberapa jam yang akan datang. Zon harga 1.1393 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh yang demikian, aliran harga masih menurun selagi tahap 1.1393 ini tidak ditembusi. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang EUR/USD menembusi tahap rintangan 1.1393, maka stop loss harus diletakkan pada tahap 1.1453.