Seperti yang diramalkan, emas telah diterbalikkan dan ditarik semula ke arah tahap rintangan sebelumnya $1,326 yang kini bertukar menjadi tahap sokongan. Harga emas perlu menembusi sokongan pada tahap semasa. Penurunan harga di bawah tahap $1,320 dan penutupan mingguan yang lebih rendah dari tahap $1,326 akan mewujudkan corak graflilin pembalikan menurun pada carta mingguan.

Garis ungu - saluran kenaikkan harga
Garis biru - garis rintangan jangka panjang
Emas kekal diniagakan dalam saluran kenaikan harga. Aliran harga jangka sederhana kekal menaik selagi harga berada di atas tahap $1,300. Walau bagaimanapun, harga telah mencapai sasaran yang hampir sama dengan sasaran jangka panjang $1,350 dan juga telah mencapai sempadan saluran menaik. Seperti yang saya jelaskan dalam analisis terdahulu, penolakan harga pada tahap $1,340 akan mendorong emas untuk membuat penarikan semula harga sekurang-kurangnya ke kawasan $1,330-26 yang merupakan rintangan terdahulu dan kini bertindak sebagai tahap sokongan. Jika emas menutup pada tahap semasa atau lebih rendah pada Graflilin mingguan, ia akan menjadi corak hammer pembalikan menurun. Sekiranya perkara ini berlaku pada minggu depan, emas berkemungkinan besar akan diniagakan lebih rendah, kemudian tahap tinggi utama sudah dicapai. Penutupan harian di atas tahap $1,330 dan lebih rendah ke tahap $1,340, boleh menandakan lebih banyak kenaikan dalam minggu depan ke arah $1,350-60.