Analisis Teknikal EUR/USD untuk 25/02/2019:
Pergerakkan mendatar masih sah di pasaran ini
Gambaran keseluruhan pasaran teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD ini terperangkap di kawasan mendatar yang terletak di antara tahap 1.1316 - 1.1371 selepas tiga gelombang melantun dari ayunan rendah pada tahap 1.1234. Momentum kekal neutral dan selagi salah satu tahap penting tidak jelas ditembusi, pengukuhan harga akan berterusan. Aliran jangka masa yang lebih besar kekal dalam aliran menurun dan lantunan harga ini masih dianggap sebagai pembetulan menaik. Penembusan harga pada tahap 1.3000 akan mempercepatkan 'sell-off' sebagaimana aliran menurun akan dilanjutkan lagi.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1473
WR2 - 1.1420
WR1 - 1.1380
Pangsi Mingguan - 1.1328
WS1 - 1.1280
WS2 - 1.1226
WS3 - 1.1185
Cadangan Perdagangan:
Tidak ada persediaan dagangan yang baik untuk pasangan mata wang EUR/USD, oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk menunggu dan melihat bagaimana harga akan bertindak balas ketika salah satu tahap (sokongan atau rintangan) yang ditembusi. Daytraders harus cuba meletakkan pesanan menjual paling hampir ke tahap 1.1366 dengan stop loss yang ketat. Sasaran terletak pada tahap 1.1316.
