Gambaran keseluruhan pasaran teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan di kawasan mendatar yang terletak di antara tahap 1.1316 - 1.1371 selepas tiga gelombang melantun dari ayunan rendah pada tahap 1.1234. Tahap 1.1371 setakat ini terlalu kuat bagi aliran menaik menembusinya,oleh yang demikian, kebanyakkan graflilin dengan bayang-bayang menaik panjang kini sedang dibuat. Ini menunjukkan bahawa aliran menurun aktif pada tahap ini dan cuba untuk menolak harga diniagakan lebih rendah. Mana-mana penembusan harga pada sempadan lebih rendah zon penggabungan yang terletak pada tahap 1.1316 hanya akan mempercepatkan penurunan harga.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1473
WR2 - 1.1420
WR1 - 1.1380
Titik Pangsi - 1.1328
WS1 - 1.1280
WS2 - 1.1226
WS3 - 1.1185
Cadangan Perdagangan:
Tidak ada persediaan dagangan yang baik untuk pasaran pasangan mata wang EUR/USD sekarang, oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagaimana harga akan bertindak balas ketika salah satu tahap (sokongan atau rintangan) ini berjaya ditembusi. Daytraders harus cuba meletakkan pesanan menjual sedekat yang mungkin ke tahap 1.1371 dengan stop loss yang ketat. Sasaran terletak pada bahagian lain dari julat harga 1.1316.
