Emas meneruskan dagangan di atas tahap $1,326. Tindakan harga semasa Emas menyiratkan bahawa kemungkinan kesinambungan penurunan harga lebih tinggi berbanding pergerakkan ke tahap tinggi baru. Emas mungkin membentuk flag menurun.

Garis ungu - saluran kenaikkan harga
Segitiga biru - sasaran flag menurun
Garis biru - flag menurun
Harga emas ditolak di sempadan saluran menaik seperti yang dijangkakan dan ditarik semula ke arah tahap $1,326-30 yang merupakan sasaran jangka pendek kami. Sokongan ditemui pada tahap $1,321-23 dan rintangan pada $1,333. Sekiranya sokongan berjaya ditembusi oleh emas, kita harus mengharapkan harga akan bergerak ke arah sempadan lebih rendah saluran kenaikan harga ke arah sokongan utama seterusnya pada $1,300. Penembusan harga di atas tahap rintangan $1,333 akan menyebabkan tahap tinggi baru-baru ini diuji.