Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental USD/JPY untuk 5 Mac 2019

parent
Analisis Forex:::2019-03-05T09:08:18

Analisis Fundamental USD/JPY untuk 5 Mac 2019

Dagangan mata wang USD sedang bergelut untuk keuntungan susulan dairpada laporan ekonomi yang bercampur. Pedagang USD memberi tumpuan kepada perjanjian perdagangan bersama dengan China. Walau bagaimanapun, USD berjaya memperoleh momentum berbanding JPY yang dijangka terus meningkat dalam tempoh beberapa hari yang akan datang dengan anjakan semula dan pembetulan di sepanjang laluan.

Jepun sedang mengejar dasar pelonggaran kewangan secara besar-besaran. Baru-baru ini Gabenor BOJ Kuroda berkata bahawa Bank of Japan tidak mempunyai strategi keluar khusus kerana ia memerlukan masa yang cukup untuk mencapai sasaran inflasi 2%. Menurut Kuroda, keluar dari dasar pelonggaran monetari secara besar-besaran akan memerlukan kenaikan kadar faedah dan langkah-langkah untuk mengecilkan lembaran imbangan kunci kira-kira BOJ seperti yang dilakukan Rizab Persekutuan sekarang. Walaupun ekonomi telah bertindak balas dengan baik, perubahan mendadak mungkin diharuskan sekiranya diperlukan. Baru-baru ini laporan Monetari Asas Jepun diterbitkan dengan penurunan kepada 4.6% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 4.7% yang dijangka berkurang lagi kepada catatan sebanyak 4.5%. Menjelang laporan ekonomi yang memberi kesan tinggi seperti KDNK Akhir yang akan diterbitkan pada minggu ini, jangkaan bercampur-campur terhadap laporan boleh menyebabkan kelemahan lagi dalam pertumbuhan JPY sementara BOJ sedang membuat semakan semula rancangan untuk memacu rancangan pertumbuhan ekonomi.

Sebaliknya, tumpuan para pedagang dan pelabur semasa adalah perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat-China yang kini sedang melalui "Kebimbangan Keyakinan" ekoran daripada halangan politik dan praktikal yang masih berlaku. Tarif masih belum selesai. Di samping itu, ekonomi Amerika Syarikat mungkin memperoleh sedikit kesan negatif daripada perjanjian perdagangan. Di samping itu, Perbendaharaan AS mengambil langkah luar biasa untuk mengelakkan melanggar had hutang kerajaan yang menjadi kritikal.

Menjelang laporan NFP pada minggu ini, yang dijangkakan mengandungi maklumat yang bercampur, baru-baru ini laporan Pembelanjaan Pembinaan AS diterbitkan dengan penurunan menjadi -0.6% dari nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.8%. Hari ini laporan PMI Pembuatan ISM AS akan diterbitkan yang dijangka meningkat kepada paras bacaan sebanyak 57.4 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 56.7 dan Penjualan Rumah Baru dijangka berkurangan kepada 597k dari angka sebelumnya iaitu sebanyak 657k. Lebih-lebih lagi, hari ini Ahli FOMC Rosengren dijangka akan bercakap tentang dasar monetari dan keputusan kadar faedah yang akan datang. Ucapannya mungkin sedikit neutral.

Sementara itu, USD dijangka mengekalkan momentum kenaikkan harga susulan daripada JPY didagangkan dengan tahap yang lebih rendah di tengah-tengah pelan pertumbuhan ekonomi BoJ. Sebarang laporan positif dari Jepun mungkin membawa kepada pembetulan tertentu di sepanjang laluan. Untuk menampung keuntungan USD akan memerlukan laporan dan perkembangan ekonomi positif yang kuat di Jepun.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga kini berada berhampiran kawasan 112.00 dari mana mempunyai penurunan harga harian yang rendah dengan bar di dalam menunjukkan kebimbangan yang boleh membawa kepada anjakan semula ke arah kawasan sokongan 110.50 sebelum menolak lebih tinggi pada hari-hari yang akan datang. Berikutan daripada 112.00 adalah kawasan utama, tekanan penurunan harga tertentu dengan pembetulan dijangka berlaku sepanjang laluan. Harga yang berada di atas kawasan 110.00 dengan sesi penutupan harian adalah dijangka membawa kepada momentum kenaikan harga dalam pasangan.

Analisis Fundamental USD/JPY untuk 5 Mac 2019

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...