Tinjauan Teknikal:
Merujuk kepada carta 1 jam indeks dolar AS, bermula dari tahap tinggi 15 Februari pada tahap 97.30/40 sehingga hari ini; untuk mendapatkan pengesahan carta mengenai potensi pembentukkan tahap tinggi dan pembalikkan harga. Ia adalah agak jelas untuk melihat perkiraan gelombang bahawa Indeks Dolar AS telah menurun sebagai gelombang impulsif di antara tahap 97.30/40 dan 95.80, masing-masing. Apa yang terjadi selepas itu adalah pembetulan menaik pada gelombang 3 sehingga kini yang dilihat telah menembusi tahap 96.80 pada semalam. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa konvergensi fibonacci juga dilihat sekitar tahap 96.80 dan oleh itu potensi untuk pembalikan menurun masih tinggi. Indeks Dolar AS diramalkan akan diniagakan di sekitar tahap 96.73 pada ketika artikel ini ditulis dengan rintangan harga dilihat terletak sekitar tahap 97.00. Sila ambil perhatian bahawa harga boleh menguji tahap 97.00 tetapi sebaiknya kekal di bawah tahap 97.30/40.
Pelan dagangan:
Kekal menjual dengan menetapkan pesanan Stop Loss di atas tahap 97.30/40, dan sasaran terbuka.
Semoga berjaya!