Pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan mendatar pada tahap 1.1324. Perbezaan (divergence) menaik sedang dalam pembentukkan, para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan pesanan menjual.
Menurut carta 30M, kami mendapati bahawa setiap kali pasangan mata wang EUR/USD ini membuat tahap rendah baru, pembeli bertindak dengan serta-merta yang merupakan isyarat bahawa penjual tidak mempunyai momentum yang mencukupi untuk pesanan menjual yang lebih besar. Satu lagi pergerakan menurun semasa menunjukkan perbezaan (divergence) menaik yang melemah pada pengayun stokastik. Sokongan jangka pendek utama dilihat pada tahap 1.1308 dan pasangan mata wang EUR/USD ini gagal menguji sokongan pada hari ini. Rintangan urusniaga utama dilihat terletak pada tahap 1.1342.
Cadangan Perdagangan: Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan neutral tetapi dengan risiko yang lebih tinggi untuk aliran menurun. Kami meramalkan penembusan harga pada tahap rintangan 1.1342 untuk mengesahkan pergerakan menaik. Jika pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya membuat penembusan harga, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 1.1380 dan 1.1410.