Gambaran Keseluruhan: Pasangan mata wang AUD/USD kini berdagang di atas sokongan kuat pada tahap 0.7046 yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 23.6% dan tahap 0.7168. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan prospek aliran menaik. Oleh itu, sokongan utama dilihat pada tahap 0.7046, sebagaimana harga dilihat masih menunjukkan pengukuhan harga di atas tahap tersebut. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam arah aliran menaik pada tahap 0.7046 dan 0.7168. Pasangan mata wang AUD/USD kini berdagang dalam arah aliran menaik dari garis sokongan terakhir 0.7112 menghampiri ke tahap rintangan pertama 0.7168 untuk mengujinya. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa harga masih dalam pasaran menaik. Pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.7168 dan seterusnya ke tahap 0.7290. Tahap 0.7389 akan bertindak sebagai rintangan utama dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.7389. Pada masa yang sama, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya membuat penembusan harga pada tahap sokongan 0.7112 dan 0.7046, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal. Secara keseluruhan, walau bagaimanapun, kita masih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.