Pada 2 Januari lalu, pasaran memulakan aliran menaik yang digambarkan sekitar tahap 1.2380.
Garis aliran menaik ini berjaya menolak harga ke arah tahap 1.3200 sebelum pasangan mata wang GBP/USD ini menghampiri ke sekitar tahap 1.2775.
Satu lagi gelombang kenaikkan telah ditunjukkan ke arah tahap 1.3350 sebelum penurunan harga semasa ditunjukkan ke arah aliran menaik yang seterusnya.
Jurang mingguan menolak pasangan mata wang ini sedikit di bawah garis aliran(hampir mencapai tahap 1.2960). Walau bagaimanapun, pemulihan kenaikkan harga yang signifikan sedang dibuktikan pada hari ini yang menunjukkan jurang penurunan harga yang disebut sebagai jurang penurunan harga yang salah.
Ketahanan aliran menaik di atas tahap 1.3060 (Fibonacci 61.8%) adalah mandatori untuk mengejar momentum menaik ke arah tahap 1.3130 dan kemudian 1.3190-1.3200 di mana tahap Fibonacci seterusnya terletak.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang GBP/USD kekal diniagakan dalam aliran menaik selagi harga berada di atas tahap 1.3000 (tahap Fibonacci 61.8%).
Tahap sasaran diunjurkan ke arah tahap 1.3130 dan 1.3200. Penutupan graflilin 1H di bawah tahap 1.2990 akan membatalkan persediaan kenaikan harga.