Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 19 Mac, 2019

parent
Analisis Forex:::2019-03-19T07:28:18

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 19 Mac, 2019

Pasangan mata wang EUR/USD terus mengukuh di atas kawasan sokongan 1.13 dan perlahan tetapi terus mencapai sasaran lantunan berikutnya iaitu pada tahap 1.1350-1.1380. Perbezaan (divergence) penurunan harga dinyatakan dalam carta 4 jam dan prospek dagangan jangka sederhana kami adalah menurun selagi pasangan mata wang ini diniagakan di bawah tahap 1.14.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 19 Mac, 2019

Garis biru - perbezaan penurunan harga

Segitiga merah - sasaran lantunan dan rintangan

Garis merah - garis aliran rintangan utama

Garis hijau - sokongan

Segitiga oren - sokongan jangka pendek

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas tahap 1.1330 dan terus membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Sokongan utama kekal pada tahap 1.13 dan tahap harga penting untuk aliran jangka pendek. Seperti yang kita nyatakan dalam analisis yang terdahulu, trend jangka pendek akan berubah menjadi menurun apabila harga menembusi di bawah tahap 1.13. Aliran harga untuk dagangan jangka sederhana masih melemah selagi pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah tahap 1.14 dan di bawah garis rintangan merah. Corak harga tinggi yang lebih tinggi tidak diikuti oleh tahap tinggi baru yang disahkan pada RSI. Ini bermakna sekurang-kurangnya akan berlaku penarikan semula harga tidak lama lagi dan mungkin akan membawa harga untuk berdagang di bawah tahap 1.13.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...