Dagangan mata wang EUR berjaya mengekalkan momentum kenaikkan sejak penembusan di atas kawasan rintangan 125.00-50 dengan sesi penutupan harian. Volatiliti harga menyebabkan beberapa pembetulan dan kebimbangan tertentu antara julat 126.00-50. Harga baru-baru ini menembusi dengan petunjuk tekanan kenaikan harga yang lebih tinggi.
Zon Eropah sedang bergelut dengan kelembapan ekonomi menjelang BREXIT. Walau bagaimanapun, EUR berjaya mengekalkan momentum kenaikkan berbanding JPY. Menurut Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Valdis, terdapat kemungkinan besar bahwa UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa perjanjian seperti perkembangan di parlemen UK yang memperlihatkan ketidaksetujuan yang luas dengan Perjanjian Brexit oleh Perdana Menteri Theresa May. Selain itu, baru-baru ini Bank of France menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi kepada kira-kira 1.4% tahun ini daripada 1.7% pengembangan dalam ramalan sebelumnya.
Laporan Imbangan Perdagangan Itali diterbitkan dengan penurunan menjadi 0.32B dari angka sebelumnya iaitu sebanyak 2.76B yang dijangka meningkat menjadi 3.45B dan Sentimen ZEW Jerman meningkat menjadi -3.6 dari angka sebelumnya iaitu -13.4 yang dijangka berada pada catatan sebanyak -11.0 . Laporan PPI Jerman pada hari ini akan diterbitkan yang dijangka berkurangan kepada 0.2% daripada nilai sebelumnya sebanyak 0.4%.
Sebaliknya, hari ini Minit Mesyuarat Dasar Monetari Jepun disiarkan di mana pembuat dasar Bank of Japan tidak bersetuju dengan kadar program rangsangan monetari bank pusat memandangkan risiko luar menjejaskan pemulihan ekonomi Jepun. Baru-baru ini BOJ mengekalkan kadar dasar utama tidak berubah pada catatan sebanyak -0.1% dan hasil bon 10 tahun di bawah sifar di bawah dasar yang digelar kawalan keluk hasil. Menjelang laporan CPI Teras Negara yang dijangka tidak berubah pada 0.8% dan PMI Pembuatan Terkini dijangkakan akan meningkat menjadi kepada paras bacaan sebanyak 49.2 dari angka sebelumnya iaitu 48.9, JPY dijangkakan berada dalam ketidakpastian dan lemah.
Sementara itu, pasaran menunjukkan keyakinan bercampur-campur terhadap EUR meskipun kelembapan ekonomi menjelang acara BREXIT pada 29 Mac. EUR dijangka terus mengekalkan momentum berbanding JPY pada hari-hari yang akan datang. Berikutan daripada BOJ sedang mengalami perselisihan dan ekonomi Jepun menghadapi tekanan luaran, situasi ini semestinya memberikan penurunan untuk mata wang Jepun.
Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga baru-baru ini menembusi di atas kawasan 126.50 dengan sesi penutupan harian ketika dibawa oleh tahap dinamik 20 EMA, Tenkan, dan garis Kijun. Berikutan daripada harga melepasi paras harga yang tidak menentu, kini anjakan ke arah 126.50 adalah dijangkakan sebelum harganya melonjak dengan sasaran ke arah kawasan 127.50 pada hari-hari yang akan datang. Berikutan daripada harga kekal di atas kawasan sokongan 125.00-50, kecenderungan kenaikkan harga adalah dijangka berterusan.