
Tinjauan Teknikal:
Menurut carta 4H bagi pasangan mata wang EURUSD, pasangan mata wang ini dilihat terus membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah gagal menghasilkan pembalikan kenaikkan harga dari tahap 1.1240/60. Harga dilihat berdagang di bawah tahap 1.1240, selepas membentuk corak harga tinggi pada tahap 1.1242 sebelum ini. Tahap rendah minggu lepas dilihat pada tahap 1.1208 dan aliran menurun pasangan mata wang EURUSD berpotensi untuk mengancam penembusan harga di bawah tahap 1.1175 cepat atau lambat. Oleh itu, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk keluar dari pesanan yang diambil minggu lalu dan memerhatikan tindakan harga sebelum ia meneruskan pergerakkan. Terdapat kemungkinan tahap tinggi pada 1.1448. Harga boleh terus menjejaki penurunan baru-baru ini sebelum bertukar lebih rendah lagi. Dengan tindakan harga pada tahap ekstrem sekarang, kami akan menunggu rali pembetulan yang berpotensi untuk memasuki pesanan menjual sekali lagi.
Pelan Perdagangan;
Kekal neutral sekarang.
Semoga berjaya!