Untuk pasaran Asia, Jepun dijadualkan akan mengeluarkan Indikator Utama, Perbelanjaan Isi Rumah dan Purata Pendapatan Tunai y/y pada hari ini. Sementara itu, pasaran Amerika Syarikat (AS) pula diramalkan akan mengeluarkan beberapa laporan utama seperti Kredit Pengguna m/m, Kadar Pengangguran, Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan, dan Purata Pendapatan Harian m/m. Oleh yang demikian, terdapat kebarangkalian bahawa pasangan mata wang USD/JPY ini akan diniagakan dengan volatiliti sederhana hingga tinggi pada hari ini. TAHAP TEKNIKAL HARI INI: Rintangan. 3: 112.31. Rintangan. 2: 112.10. Rintangan. 1: 111.88. Sokongan. 1: 111.59. Sokongan. 2: 111.38. Sokongan. 3: 111.16. Disclaimer: Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa kepada risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk semua jenis pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga berpotensi untuk menentang dagangan anda. Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keupayaan untuk mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melaburkan wang anda sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung kerugian. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan anda sekiranya mempunyai sebarang keraguan.