Pasangan mata wang EURUSD ini dilihat telah membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi semalam sekitar tahap 1.1284 dan terus diniagakan dalam arah aliran kenaikan harga jangka pendek yang membuat corak tahap tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Kawasan sasaran jangka pendek kami telah dicapai tetapi terdapat potensi pergerakkan ke arah kawasan 1.13-1.1320.
Garis merah - saluran penurunan harga jangka sederhana
Segitiga hijau - kawasan sokongan utama
Garis hitam - garis aliran rintangan (telah ditembusi)
Aliran jangka pendek telah diterbalikkan kepada menaik seperti yang kami ramalkan oleh 'double bottom' dan isyarat perbezaan (divergence) menaik dan isyarat perbezaan harga yang kita terima minggu lalu. Peenmbusan harga di atas garis rintangan hitam mengesahkan perubahan aliran jangka pendek ini. Aliran jangka sederhana kekal rendah kerana harga kekal berada di dalam saluran merah yang menurun. Harga dalam jangka masa pendek terus membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi dan saya menjangkakan dapat melihat harga bergerak lebih dekat atau lebih tinggi dari tahap 1.13. Rintangan utama ditemui sekitar 1.1330. Penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan untuk harga bergerak lebih tinggi. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.1240-1.1250 dan aliran menaik tidak membenarkan penembusan harga pada tahap ini.