
Tinjauan Teknikal:
Semalam, pasangan mata wang EUR/USD telah memperlihatkan penurunan yang lebih rendah dan harga mencapai tahap terendah baru di bawah 1.1226, namun harga berjaya berada di atas tahap 1.1183. Struktur gelombang masih mendorong kepada rali agresif, walaupun ia adalah aliran kaunter ke arah tahap 1.1300 dan sehingga tahap 1.1350. Tahap rendah untuk senario ini ialah harga harus berada di atas tahap 1.1183 untuk saat ini. Sila ambil perhatian bahawa tahap 1.1300 adalah bahagian belakang garis sokongan serta-merta, manakala tahap 1.1350 adalah merupakan rintangan Fibonacci 0.618 pada sempadan lebih rendah sebelumnya di antara tahap 1.1448 dan 1.1183. Juga, sila ambil perhatian bahawa rintangan pada tahap 1.1448 adalah kuat dan harga perlu menembusi di atas tahap tersebut bagi membolehkan aliran menaik mendominasi semula pasaran. Senario perbezaan (divergence) juga bermain di antara pasangan mata wang EUR/USD dan Indeks Dolar AS sekitar masa ini. Indeks mencecah tahap tinggi baru, sementara pasangan mata wang EUR/USD dihalang untuk mencapai tahap terendah baru di bawah 1.1183. Ini mungkin bukan pengesahan yang kukuh tetapi sekurang-kurangnya menjadi isyarat pembalikan aliran semasa yang berpotensi.
Pesanan membeli:
Pedagang agresif, kekal pada pesanan membeli terhadap tahap 1.1183, masing-masing mensasarkan ke arah tahap 1.1300 dan 1.1350.
Semoga berjaya!