Berita Industri Kripto:
"Perompak/Bandit Blockchain" berjaya mengumpul hampir sebanyak 45,000 ETH dengan meneka kekunci peribadi yang lemah, menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Penilai Keselamatan Bebas.
Seorang penganalisis keselamatan kanan, berkata bahawa dia menemui seorang penggodam canggih secara tidak sengaja. Meneka kunci peribadi sepatutnya secara statistik adalah tidak mungkin, tetapi susulan daripada penyelidikannya dia berjaya mendedahkan sejumlah 732 kunci - memberinya keupayaan untuk melakukan transaksi seolah-olah dia seorang pemegang akaun. Laporan itu menyatakan bahawa bukannya menggunakan cara kasar untuk mencari kunci persendirian rawak, dia menggunakan gabungan mencari kod yang salah dan penjana nombor rawak yang salah. Beliau kemudian menyatakan bahawa beberapa portfolio yang berkaitan dengan kunci peribadi yang didapati melalui kaedah mereka menghantar transaksi besar ke satu alamat yang tidak menghantar apa-apa kembali.
Dianggarkan bahawa dengan nilai Ethereum tertinggi, nilai yang dirompak atau digodam itu bernilai lebih daripada 50 juta dolar. Pada masa ini, dana itu akan bernilai kira-kira sejumlah 7.8 juta dolar.
Tinjauan Pasaran Teknikal:
Urusniaga pasangan ETH / USD telah dihadkan selepas mencapai rintangan teknikal pada tahap 177.13. Harga melakukan pembalikan dengan cepat dan bergerak ke sokongan teknikal yang terletak pada tahap 166.53. Walaupun penarikan semula setempat ini, yang telah berakhir dengan graf lilin Pin Bar, jangkaan masih menaik dan pembeli akan menggunakan peluang lain untuk menolak harga di atas paras tertinggi baru-baru ini berikutan daripada sasaran kekal pada tahap 183.34. Hanya penembusan yang berterusan pada tahap 163.27 akan mengubah kecenderungan untuk menurun.
Titik Pivot Mingguan:
WR3 - 198.18
WR2 - 186.32
WR1 - 175.54
Pivot Mingguan - 163.96
WS1 - 153.36
WS2 - 141.23
WS3 - 129.71
Cadangan dagangan:
Para pedagang harian perlu memberi perhatian kepada pergerakan pasaran harga dan kemungkinan penembusan yang lebih tinggi, melalui tahap 175.82. Selepas tahap ini ditembusi, rintangan seterusnya dapat dilihat pada tahap 177.13 dan kemudian terdapat ruang yang kosong untuk kenaikan ke bahagian atas gelombang 1 / A baru-baru ini. Pesanan stop order perlu digunakan untuk perdagangan bagi persediaan kenaikan harga dan pelindung stop loss seharusnya diletakkan juga.
