Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis teknikal Ethereum untuk 29.04.2019

parent
Analisis Kripto:::2019-04-29T06:42:01

Analisis teknikal Ethereum untuk 29.04.2019

Berita Industri Kripto:

Satu rang undang-undang yang akan mengharamkan semua pasaran dagangan mata wang Kripto, dilaporkan beredar ke pelbagai jabatan kerajaan India, kata laporan media. Seorang pegawai yang berpengetahuan dengan isu ini dilaporkan memberitahu akhbar kewangan bahawa kerajaan telah memulakan perundingan antara jawatankuasa menteri mengenai draf undang-undang "Larangan terhadap pasaran mata wang Kripto dan peraturan rang undang-undang mata wang digital 2019".

Jawatankuasa yang terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Ekonomi (DEA), Lembaga Pengarah Pusat Cukai Langsung (CBDT), Lembaga Pusat Cukai Tidak Langsung dan Kastam (CBIC) dan Dana Pendidikan dan Pelaburan (IEPFA), antara lain, dilaporkan menyokong idea pengharaman jumlah "menjual", pembelian dan pengeluaran semua jenis mata wang kripto. "

Jawatankuasa juga mempertimbangkan kemungkinan melarang mata wang digital di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA), susulan daripada mereka boleh didakwa digunakan untuk penggubahan wang. Kementerian Hal Ehwal Korporat dilaporkan mendakwa bahawa mata wang kripto digunakan dalam program penipuan untuk "menipu pelabur yang mudah tertipu".

Maklumat yang disediakan oleh Economics Times bertentangan dengan laporan dari bulan Disember bahawa satu lagi jawatankuasa kerajaan mencadangkan agar mata wang kripto perlu disahkan di negara ini dan menegaskan bahawa terdapat kesepakatan yang luas bahawa pasaran mata wang kripto tidak dapat ditolak sepenuhnya.

Pada bulan Februari, Mahkamah Agung India memberikan pihak berkuasa India tempoh masa empat minggu untuk membangunkan dasar bagi mengawal selia mata wang kripto sebelum Tribunal berhenti menerima isu berkaitan mata wang digital itu, termasuk yang menuntut pembatalan pekeliling kripto yang dikeluarkan oleh Bank Rizab India.

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Urusniaga pasaran mata wang ETH / USD telah melonjak dari tahap 148.00 dan kini mengukuh sekitar 50% daripada anjakan semula Fibonacci pada tahap 162.69. Sasaran berikutnya untuk kenaikkan harga dilihat pada tahap Fibonacci 61% iaitu 166.17 dan ini adalah di mana pergerakan pembetulan dalam gelombang (1) / (a) mungkin ditamatkan. Masih terdapat peluang untuk pergerakan pembetulan semasa dalam gelombang 2 yang lebih tinggi untuk berkembang menjadi pergerakan yang lebih kompleks dan mengambil sedikit masa, jadi sila ambil perhatian dan mempertimbangkan terhadap situasi ini.

Pivot Mingguan:

WR3 - 204.74

WR2 - 190.50

WR1 - 176.25

Pivot Mingguan : 160.51

WS1 - 146.54

WS2 - 132.16

WS3 - 116.96

Cadangan dagangan:

Anjakan Semula Fibonacci 50% adalah tahap yang baik untuk membuka pesanan menjual. Ruangan untuk manipulasi atau purata adalah sehingga tahap 61%, tetapi di atas tahap ini, persediaan penurunan harga adalah tidak sah. Tinjauan jangka panjang masih menaik, tetapi pergerakan pembetulan kini semakin meningkat dalam masa dan harga.

Analisis teknikal Ethereum untuk 29.04.2019

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...