Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental pasangan EUR/USD untuk 13 Mei 2019

parent
Analisis Forex:::2019-05-13T08:00:51

Analisis Fundamental pasangan EUR/USD untuk 13 Mei 2019

Dagangan mata wang EUR memperoleh kembali momentum baru-baru ini manakala USD sedang bergelut untuk keuntungan berikutan laporan ekonomi yang lebih buruk daripada jangkaan yang diterbitkan pada minggu lalu.

Ekonomi zon Eropah telah menandakan peningkatan. Oleh yang dekmikian, asas-asas positif menunjukkan bahawa kelembapan itu akan berakhir tetapi masih awal untuk menilainya. Walaupun perubahan positif dalam ekonomi zon Eropah, pakar ekonomi ECB, Praet berpendapat bahawa zon Eropah perlu berusaha bersama untuk mengekalkan momentum. ECB merancang langkah jangka panjang untuk menangani masalah kelembapan ekonomi.

Minggu ini, tidak banyak laporan makroekonomi akan diterbitkan dan dipaparkan di zon Eropah. Pada hari Rabu, Jerman akan mengemukakan laporan KDNK Prelim yang dijangka meningkat kepada catatan sebanyak 0.4% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.0% dan KDNK Terkini adalah dijangka tidak berubah pada catatan sebanyak 0.4%.

Pada sudut dagangan USD, para pegawai Fed baru-baru ini membuat kenyataan bercampur-campur mengenai keadaan ekonomi semasa. Oleh sebab pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat-China, Pegawai Fed Bostic memberi amaran bahawa pengguna akan merasakan kenaikan tarif import yang lebih tinggi sementara inflasi adalah sedikit rendah. Berbeza dengan jangkaan Fed, inflasi pengguna terlalu lemah cuba mencapai sasaran sebanyak 2%. Bostic memberi amaran tentang keadaan di mana tekanan harga boleh mendorong peningkatan inflasi yang mungkin tidak dapat ditanggung oleh pengguna umum.

Pegawai Fed Williams baru-baru ini menyatakan bahawa ekonomi AS telah berada pada kedudukan yang kukuh walaupun ketegangan perang perdagangan. Kenyataan optimis dari Williams meningkatkan sentimen pasaran ke arah dagangan mata wang USD. Walau bagaimanapun, pasaran masih tidak yakin tentang momentum pertumbuhan yang mantap dalam ekonomi AS berikutan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menaikkan tarif dari 10% kepada 25% ke atas sektor dagangan import China yang bernilai hampir kepada AS$ 300 bilion.

Laporan Jualan Runcit AS pada minggu ini akan diterbitkan yang dijangka berkurang kepada catatan sebanyak 0.2% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 1.6%. Hari ini ahli FOMC Clarida akan bercakap mengenai kadar faedah jangka pendek dan keputusan dasar kewangan.

Sementara itu, EUR lebih optimistik daripada USD pada masa ini. Walau bagaimanapun, sebarang bacaan positif dalam laporan AS boleh menggalakkan lagi kekuatan terhadap USD. Sekiranya tidak, harga dijangka membetulkan kedudukan dengan cara yang tidak menentu pada hari-hari yang akan datang.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga kini terperangkap di bawah kawasan 1.1300 sementara menolak dari titik tengah 1.1250 dari mana ia dijangka diperdagangkan dengan lebih rendah. Walaupun tekanan menurun masih belum disahkan, penutup harian di bawah kawasan 1.1200 adalah dijangka membantu momentum penurunan harga mengukuhkan lagi dengan sasaran ke arah kawasan sokongan 1.1000-50 pada hari-hari yang akan datang. Berikutan daripada harga kekal di bawah kawasan 1.1300 dengan sesi penutupan harian, kecenderungan penurunan harga adalah dijangka berterusan.

Analisis Fundamental pasangan EUR/USD untuk 13 Mei 2019

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...