Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah melantun dari tahap 1.1173 dan perlahan-lahan bergerak lebih tinggi menuju ke arah rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.1264. Pergerakkan menaik tidak impulsif, tetapi ia masih dalam pembetulan, oleh yang demikian, ini bukan permulaan aliran menaik, tetapi kesinambungan pergerakkan harga pada kitaran yang terdahulu. Hanya penembusan harga yang berterusan dan impulsif melalui zon rintangan teknikal yang terletak di antara tahap 1.1264 - 1.1273 akan mengubah prospek dari penurunan harga kepada kenaikan harga.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1359
WR2 - 1.1302
WR1 - 1.1271
Pangsi Mingguan - 1.1201
WS1 - 1.1184
WS2 - 1.1129
WS3 - 1.1099
Cadangan Dagangan:
Pasaran sedang bergerak di dalam julat dagangan di antara tahap 1.1264-1.1173, oleh yang demikian, strategi perdagangan terbaik untuk peniaga urusniaga harian adalah untuk berdagang pada 'oversold/overbought' menggunakan oscillator seperti Stochastic sehingga pelarian berlaku. Sila beri perhatian kepada tanda-tanda tindakan harga pola pembalikan dan graflilin pada julat sokongan dan rintangan untuk mengesahkan tahap untuk kemasukan pesanan dagangan.
