Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD ini telah bergerak lebih tinggi ke arah rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.1264, tetapi gagal untuk menembusinya. Pergerakkan menaik bukan impulsif, tetapi ia masih dalam pembetulan harga, oleh yang demikian, ini bukan permulaan untuk aliran menaik, tetapi kesinambungan kitaran terdahulu. Hanya penembusan harga yang berterusan dan impulsif melalui zon rintangan teknikal yang terletak di antara tahap 1.1264 - 1.1273 akan mengubah prospek dari penurunan hagra kepada kenaikan harga. Pada masa ini, harga berkemungkinan besar akan kembali ke arah pengukuhan harga yang lebih rendah.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1359
WR2 - 1.1302
WR1 - 1.1271
Pangsi Mingguan - 1.1201
WS1 - 1.1184
WS2 - 1.1129
WS3 - 1.1099
Cadangan Dagangan:
Pasaran sedang bergerak di dalam julat dagangan di antara tahap 1.1264-1.1173, oleh yang demikian, strategi perdagangan terbaik untuk peniaga urusniaga harian adalah untuk berdagang dalam keadaan oversold/overbought menggunakan oscillator seperti Stochastic sehingga penembusan harga berlaku. Sila ambil perhatian terhadap isyarat pola pembalikan dan graflilin pada julat sokongan dan rintangan untuk mengesahkan tahap untuk pesanan dagangan.
