Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 30 Mei, 2019

parent
Analisis Forex:::2019-05-30T05:57:09

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 30 Mei, 2019

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 30 Mei, 2019

Tinjauan Teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan rendah ke tahap 1.1140/50 pada semalam, membolehkan para pedagang menetapkan keuntungan pada pesanan menjual yang diambil sekitar tahap 1.1200/10 lebih awal. Sekiranya keseluruhan carta dari tahap rendah 1.1111 dianalisis, tiada aliran harga yang dilihat. Ia hanya menunjukkan pergerakkan mendatar. Oleh itu, kepentingan sokongan dan rintangan perlu dipertimbangkan. Harga telah menghampiri zon sokongannya yang terletak di sekitar tahap 1.1100/20 seperti yang dapat diperhatikan pada paparan carta. Selain itu, kami juga mendapati bahawa bahagian belakang garis rintangan segera kini menawarkan sokongan. Sekiranya zon ini ditembusi, maka aliran menaik berkemungkinan besar akan menolak harga untuk diniagakan lebih tinggi ke arah zon rintangan melalui tahap 1.1250/60 tidak lama lagi. Sila ambil perhatian bahawa struktur pengukuhan harga perlu dirawat dengan sokongan dan rintangan dan diniagakan dengan sewajarnya sehingga sokongan atau rintangan utama berjaya ditembusi. Pendekatan perdagangan yang lebih konservatif adalah untuk kekal neutral dan berdagang apabila harga menembusi pada mana-mana arah. Sokongan interim adalah sekitar tahap 1.1100, manakala rintangan pada tahap 1.1260, masing-masing.

Pelan Dagangan:

Pedagang agresif disyorkan untuk mengambil pesanan membeli dengan menetapkan pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.1100, manakala sasaran pada tahap 1.1260.

Pedagang konservatif disarankan untuk kekal neutral.

Semoga berjaya

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...