Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang GBP/USD ini telah diniagakan lebih rendah seperti yang dijangkakan dan hampir menguji sokongan teknikal pada tahap 1.2605 sebelum lantunan harga yang kecil dibuat. Momentum kini melemah dan negatif, oleh yang demikian, prospek dagangan untuk jangka pendek masih melemah. Volatiliti semakin menurun, tetapi tekanan penruunan harga kelihatan. Aliran harga untuk carta yang lebih besar masih melemah dan tahap terendah baru diramalkan sebagaimana masih belum ada tanda-tanda pembalikan harga lagi.
Ttiik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.3009
WR2 - 1.2910
WR1 - 1.2801
Pangsi Mingguan - 1.2631
WS1 - 1.2607
WS2 - 1.2502
WS3 - 1.2401
Cadangan Perdagangan:
Strategi terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk mengambil pesanan menjual berhampiran tahap rintangan teknikal sekitar 1.2755. Aliran harga untuk carta yang lebih besar masih melemah, oleh yang demikian, perdagangan pada jangka pendek akan selari dengan aliran menurun.