Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15/07/2019:

parent
Analisis Forex:::2019-07-15T05:54:30

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15/07/2019:

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah bergerak lebih tinggi ke arah tahap rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.2556 dan membuat tahap tinggi tempatan baru pada 1.2577 ketika cuba untuk melonjak naik lebih tinggi. Meskipun terdapat sedikit penarikan semula harga, aliran menaik masih berusaha untuk menembusi garis rintangan menurun sekitar tahap 1.2577, tetapi setakat ini tidak berhasil. Keadaan pasaran kini terlebih belian (overbought), namun momentum masih positif, oleh yang demikian, sekiranya aliran menaik berhasil, maka sasaran seterusnya dilihat berada pada tahap 1.2591 dan 1.2641.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 12770

WR2 - 1.2670

WR1 - 1.2630

Pangsi Mingguan - 1.2528

WS1 - 1.2496

WS2 - 1.2396

WS3 - 1.2356

Cadangan Perdagangan:

Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah mengikuti aliran carta masa yang lebih besar. Aliran harga untuk carta masa yang lebih besar masih menurun dan tiada sebarang isyarat pembalikan harga. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.2420 dan rintangan teknikal jangka panjang penting dilihat pada tahap 1.2775 dan hanya jika tahap ini ditembusi, akan terdapat peluang untuk pembalikan arah aliran harga.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15/07/2019:

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...