Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 1.1179/1.1222 (zon sokongan). Minggu lalu, pasangan mata wang ini meningkat dari tahap 1.1179 menghampiri ke tahap 1.1222 (kini harga ditetapkan pada 1.1234). Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat pada 1.1262, dan diikuti oleh tahap 1.1295, manakala sokongan harian 1 dilihat pada tahap 1.1179 (Penarikan Semula Fibonacci 23.6%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.1179 dan 1.1295; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 116 pips. Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 1.1222, kita sepatutnya melihat lonjakan harga ke tahap lebih tinggi (1.1295) untuk mengujinya. Oleh itu, pesanan membeli di atas tahap 1.1179 dengan sasaran pertama pada 1.1262 adalah diramalkan untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 1.1295. Juga, perlu diingatkan bahawa tahap 1.1295 adalah lokasi terbaik untuk mengambil keuntungan kerana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.1179, penurunan seterusnya ke tahap 1.1108 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran menurun.