Berita Industri Kripto:
Menurut kenyataan akhbar yang diterbitkan, pengarah penerbitan dan jutawan Greek Alka David dan konsortium Switzerland melancarkan token SWX Coin yang disokong oleh ganja.
Menurut pengumuman itu, konsortium itu juga melancarkan Swissx Bank of Cannabis untuk mengendalikan token tersebut. Bursa saham akan berpusat di Gstaad, Switzerland, dan tidak lama lagi ibu pejabat Caribbean akan diumumkan. Token tersebut adalah berdasarkan pada Blockchain Bitcoin, dan unit tunggal secara langsung berkaitan dengan median bagi harga bunga ganja premeium global.
Pada mulanya, bank dan duit syilingnya mungkin akan menguruskan semua urus niaga kewangan Swissx dengan rakan dagangan mereka di Amerika Syarikat, Eropah, dan Caribbean, tetapi duit syiling itu direka untuk menjadi sistem telus bagi semua transaksi. Swissx juga mendakwa bahawa Perdana Menteri Kitts-Nevis Denzil Douglas menyertai lembaga bank.
SWX seharusnya digunakan untuk membayar petani dan akan ditukar dengan wang tunai pada bila-bila masa.
Tinjauan Keseluruhan Pasaran Teknikal:
Pasangan ETH / USD terus berdagang di dalam julat harga kecil antara dua tahap iaitu AS$ 189.91 - AS$ 223.38. Aliran menaik tidak membuat sebarang keputusan mengenai pergerakan yang mungkin lebih tinggi, sehingga momentum kenaikkan menurun seiring dengan harga yang tidak pantas. Untuk terus bergerak menaik, aliran menaik mesti menembusi tahap anjakan Fibonacci yang terletak pada AS$ 223.38, AS$ 233.77 dan AS$ 244.16. Walau bagaimanapun, pasaran akan kekal di dalam julat perdagangan atau akan didorong lebih rendah oleh aliran menurun untuk menguji sokongan teknikal pada tahap AS$ 189.91 sekali lagi.
Titik Pivot Mingguan:
WR3 - AS$247.21
WR2 - AS$236.28
WR1 - AS$220.47
Pivot Mingguan - AS$209.37
WS1 - AS$191.97
WS2 - AS$182.25
WS3 - AS$161.51
Cadangan dagangan:
Strategi terbaik dalam keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran jangka masa yang lebih besar, yang masih tersedia. Semua pergerakan jangka masa yang lebih pendek sedang dianggap sebagai pembetulan di dalam aliran menaik. Kitaran semasa ialah gelombang 2 darjah yang lebih tinggi dan mungkin telah selesai, jadi aliran menaik itu perlu diteruskan dengan selanjutnya.