Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD kelihatan telah membuat tahap rendah tempatan pada 1.1034. Sasaran berikutnya untuk aliran menurun terletak pada tahap 1.1023. Aliran harga ini masih menurun dan tidak ada sebarang tanda-tanda pembalikan harga, tetapi baru-baru ini aliran menurun dilihat telah melantun dari tahap 1.1034. Harga masih belum menembusi tahap 1.1101 lagi, tetapi terdapat kemungkinan untuk harga menguji tahap ini. Adalah penting untuk diingatkan bahawa pasaran membuat corak harga rendah yang lebih rendah meskipun ia kini dalam keadaan 'oversol'd. Momentum kekal melemah dan negatif tetapi mungkin meningkat semasa lantunan harga.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1307
WR2- 1.1265
WR1 - 1.1188
Pangsi Mingguan - 1.1140
WS1 - 1.1055
WS2 - 1.1016
WS3 - 1.0927
Cadangan dagangan:
Selepas tahap 1.1181 ini ditembusi, strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran harga pada carta masa yang lebih besar, yang masih menurun. Corak Ending Diagonal kelihatan belum selesai dan aliran menurun sedang mendominasi pasaran sepenuhnya. Sasaran jangka panjang dilihat pada tahap 1.0814, dari mana peniaga boleh mengharapkan lantunan harga yang lebih besar.