Pasangan mata wang USDCAD dilihat telah menembusi saluran kenaikkan harga jangka pendek. Harga sedang diterbalikkan dari tahap rintangan Penarikan Semula 61.8% pada tahap 1.3355 yang merupakan sasaran kedua kami sebagaimana harga diniagakan berhampiran tahap 1.3050.
Garis merah - saluran kenaikkan harga
Garis biru - sokongan utama saluran kenaikkan jangka panjang
Dalam analiisis saya yang terdahulu, saya ada menyatakan betapa pentingnya rintangan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Tanda penolakan 'Double Top' adalah tanda penurunan harga dan sekarang harga telah menembusi dari saluran kenaikan harga yang kami telah mengesahkan ketakutan tersebut. Sokongan pada tahap 1.3190 dan jika kita melihat harga menembusi tahap ini kita harus mengharapkan ujian harga pada musim panas sekitar tahap 1.30. Rintangan utama adalah pada tahap 1.3355. Penembusan harga di atas tahap rintangan ini selepas membuat tahap rendah yang lebih rendah sekitar 1.32 akan menjadi isyarat kenaikkan harga yang kuat dan berpotensi untuk menolak pasangan mata wang ini ke arah tahap 1.3520. Untung rugi memihak kepada penurunan harga buat masa sekarang kerana kami lebih hampir dengan rintangan utama yang boleh berfungsi sebagai Stop Loss.