Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari tahap rendah 1.0926, menembusi ketahanan teknikal pada tahap 1.0964 dan membuat tahap tinggi tempatan pada 1.0979. Momentum berada di luar kawasan negatif dan stokastik berada di luar kawasan 'oversold'. Sasaran seterusnya untuk penarikan semula atau pembetulan harga tempatan dilihat pada tahap 1.0997. Walau bagaimanapun, jika aliran menurun terus membuat tekanan ke atas pasaran, sasaran berikutnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.0908, yang merupakan sokongan teknikal pada carta mingguan.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1285
WR2 - 1.1224
WR1 - 1.1084
Titik Pangsi Mingguan - 1.1025
WS1 - 1.0886
WS2 - 1.0818
WS3 - 1.0681
Cadangan Perdagangan:
Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran harga pada carta masa yang lebih besar, yang kini harga diniagakan dalam menurun. Semua pergerakkan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Aliran menurun adalah sah apabila harga ditamatkan atau tahap 1.1445 ini ditembusi dengan jelas. Terdapat corak harga Ending Diagonal yang dapat dilihat pada carta masa yang lebih besar sekaligus menunjukkan kemungkinan penamatan aliran menurun tidak lama lagi. Tahap jangka pendek utama ialah sokongan teknikal pada tahap 1.0814 dan rintangan teknikal pada tahap 1.1250.