Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan pergerakkan menaik ke arah rintangan teknikal seterusnya yang terletak pada tahap 1.1024. Tahap tinggi tempatan yang terakhir dibuat pada tahap 1.0999 dalam keadaan pasaran 'terlebih belian', maka harga kini mungkin diniagakan dalam julat mendatar untuk sementara waktu, tetapi aliran menaik mungkin memutuskan untuk mendorongnya bergerak lebih tinggi lagi. Momentum masih kukuh dan positif, yang menyokong prospek kenaikkan jangka pendek dan sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.0966 harus mengekalkan penurunan harga. Sila ambil perhatian bahawa aliran harga pada jangka masa yang lebih besar masih menurun.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1156
WR2 - 1.1079
WR1 - 1.1037
Pangsi Mingguan - 1.0957
WS1 - 1.0918
WS2 - 1.0839
WS3 - 1.0797
Cadangan Perdagangan:
Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran harga pada carta masa yang lebih besar, yang masih menurun. Semua pergerakkan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Aliran menurun adalah sah selagi ia ditamatkan atau tahap 1.1445 ini ditembusi dengan jelas. Terdapat corak harga Ending Diagonal yang dapat dilihat pada carta masa lebih besar yang menunjukkan kemungkinan penamatan aliran menurun tidak lama lagi. Tahap utama jangka pendek ialah sokongan teknikal pada tahap 1.0926 dan rintangan teknikal pada tahap 1.1267.
