Pasangan mata wang USDCAD membuat percubaan untuk menembusi tahap 1.3350 yang telah kami nyatakan dalam beberapa analisis terdahulu. Harga telah ditolak sekali lagi dan kini didagangkan pada tahap 1.3318. Pengukuhan harga sekitar tahap 1.33-1.3350 tidak lama lagi akan ditembusi dan turun naik pasaran akan meningkat.
Segitiga hitam - kawasan rintangan jangka pendek
Pasangan mata wang USDCAD sedang membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak rendah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, aliran menurun perlu menembusi tahap 1.3350 untuk mengesahkan dominan pasaran dan mencapai ke tahap 1.3450. Sokongan terletak pada tahap 1.33 dan seterusnya pada tahap 1.32.
Menurut carta mingguan, penunjuk Ichimoku cloud mengesahkan pandangan kami bahawa kawasan sokongan penting adalah di antara tahap 1.33-1.32. Harga di diniagakan di atas kedua-dua tenkan- dan kijun-sen manakala harga tetap di atas Kumo mingguan (cloud). Semua ini menyokong kesinambungan pergerakkan kenaikkan yang bermula pada tahap rendah Jun. Jika tahap rintangan 1.3350-1.34 ditembusi, maka kita akan melihat pergerakkan harga yang seterusnya ke arah tahap 1.3520.