Tinjauan Pasaran Teknikal:
Selepas corak graflilin Dark Cloud Cover dibentuk di sekitar tahap lebih tinggi pada tahap 1.1179, pasangan mata wang EUR/USD telah diterbalikan. Aliran menurun telah berjaya menolak harga kembali ke saluran menaik tetapi melantun dari tahap sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.1109. Momentum kini bersifat neutral, tetapi masih terdapat peluang untuk satu lagi rali menaik setelah pembetulan selesai. Sokongan teknikal yang terdekat dilihat pada tahap 1.1109 dan sokongan teknikal utama masih terletak pada tahap 1.1091.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1435
WR2 - 1.1300
WR1 - 1.1250
Pangsi Mingguan - 1.1120
WS1 - 1.1063
WS2 - 1.0981
WS3 - 1.0893
Cadangan Perdagangan:
Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran harga pada carta masa yang lebih besar, yang menurun. Semua pergerakkan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Aliran menurun adalah sah selama ia ditamatkan atau tahap 1.1445 jelas ditembusi. Terdapat corak harga Ending Diagonal yang dapat dilihat pada carta masa yang lebih besar menunjukkan kemungkinan penamatan aliran menurun tidak lama lagi. Tahap jangka pendek utama ialah sokongan teknikal pada tahap 1.0999 dan rintangan teknikal pada tahap 1.1267.