
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD meneruslan pergerakan menurun dari tahap 1.1057. Minggu ini, pasangan mata wang ini jatuh dari tahap 1.1057 ke bahagian bawah sekitar tahap 1.0992. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini telah melantun dari bawah 1.0992 untuk ditutup pada tahap 1.1020.
Hari ini, rintangan pertama dilihat pada tahap 1.1032, dan diikuti oleh tahap 1.1057, manakala sokongan harian dilihat pada tahap 1.0992 dan 1.0962.
Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD masih berdagang di antara tahap 1.1057 dan 1.0962. Oleh itu, kami menjangkakan julat 95 pips dalam waktu yang akan datang.
Tahap rintangan pertama kini dilihat pada 1.1032, harga sedang bergerak dalam saluran penurunan harga sekarang.
Oleh itu, jika pasangan mata wang EUR/USD gagal menembusi tahap rintangan 1.1032, maka pasaran akan melanjutkan penurunan ke tahap 1.0992. Ini akan mencetuskan pasaran yang lemah kerana penunjuk RSI masih dalam kawasan negatif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan ini dijangka akan turun lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 1.0962 untuk menguji sokongan kedua (1.0962).
Tahap 1.0962 adalah lokasi yang baik untuk mengambil keuntungan. Sementara itu, RSI masih memberikan isyarat aliran menurun kerana ia kekal kukuh di bawah Moving Averages (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan turun dalam beberapa jam yang akan datang.
Walau bagaimanapun, tanda 1.0962 kekal sebagai zon sokongan yang penting. Oleh itu, aliran harga itu mungkin akan melantun semula dari tahap 1.0962 selagi tahap ini tidak ditembusi.