Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 03/12/2019:

parent
Analisis Forex:::2019-12-03T08:31:56

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 03/12/2019:

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah menembusi corak harga segitiga pada carta 4 Jam dan mencapai rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.2962 sekali lagi. Momentum itu kuat dan positif, oleh yang demikian, pergerakan harga ini berpotensi untuk membuat beberapa lonjakan ke tahap yang lebih tinggi. Zon rintangan teknikal telah dibentuk dengan tahap ini: 1.2939, 1.2962, 1.2988 dan 1.3012 sementara zon sokongan teknikal telah dibentuk dengan tahap 1.2786, 1.2768 dan 1.2474. Hanya penembusan harga yang jelas pada kedua-dua arah akan menunjukkan langkah harga seterusnya yang berkemungkinan untuk pasangan mata wang ini.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.3101

WR2 - 1.3019

WS3 - 1.2978

Pangsi Mingguan - 1.2902

WS1 - 1.2850

WS2 - 1.2773

WS3 - 1.2725

Cadangan teknikal:

Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran harga pada carta masa yang lebih besar, yang kini menurun. Semua pergerakan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Untuk membalikkan aliran harga dari menurun kepada menaik, tahap utama untuk kenaikkan harga dilihat berada pada tahap 1.3012 dan ia mesti ditembusi dengan jelas. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.2231 - 1.2224 dan rintangan teknikal jangka panjang utama terletak pada tahap 1.3509. Selagi harga didagangkan di bawah tahap ini, aliran menurun akan dilanjutkan ke arah tahap 1.1957 dan lebih rendah.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 03/12/2019:

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...