Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 30/12/2019:

parent
Analisis Forex:::2019-12-30T07:31:56

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 30/12/2019:

Gambaran Teknikal Pasaran:

Selepas pasangan mata wang ini membuat penarikan semula yang lebih dalam ke tahap Fibonacci 61% yang terletak pada 1.1065, pasangan mata wang EUR/USD ini kemudianya telah bergerak ke tahap lebih tinggi pada 1.1199. Tahap tinggi ini telah ditembusi dan tahap tinggi tempatan baru dibentuk pada tahap 1.1210. Sila perhatikan bahawa aliran menaik kini sedang menguji rintangan jangka pendek dari bawah dan tahap 1.1210 adalah sangat hampir dengan garis ini. Selain itu, rali ini mungkin akan ditamatkan tidak lama lagi, walaupun terdapat momentum yang kukuh dan positif, pasaran berada dalam keadaan terlebih beli. Sokongan teknikal yang paling hampir dilihat pada tahap 1.1174 dan rintangan teknikal seterusnya terletak pada tahap 1.1232. Walaupun aliran harga pada carta masa yang lebih tinggi masih menurun, pelabur global mesti mengambil kira, bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini pada akhirnya berkemungkinan akan menembusi naik dari corak Ending Diagonal beberapa bulan.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.1349

WR2 - 1.1265

WR1 - 1.1228

Pangsi Mingguan - 1.1151

WS1 - 1.1114

WS2 - 1.1029

WS3 - 1.0994

Cadangan Perdagangan:

Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran harga pada carta masa yang lebih besar, yang kini menurun. Semua pergerakan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Aliran menurun adalah sah selagi harga ditamatkan atau tahap 1.1445 ini ditembusi dengan jelas. Terdapat corak Ending Diagonal yang dapat dilihat pada carta lebih besar sekaligus menunjukkan kemungkinan penamatan aliran menurun tidak lama lagi. Tahap utama jangka pendek adalah sokongan teknikal pada tahap 1.1040 dan rintangan teknikal pada tahap 1.1267.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 30/12/2019:

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...