Merujuk kepada carta 4 jam, kita dapat melihat dengan jelas bahawa tahap rendah sekitar 1.6113 yang telah diuji sebanyak beberapa kali. Tahap rendah ini adalah merupakan Kawasan 'Liquidity Pool' yang bertindak sebagai kawasan magnet untuk pasangan mata wang EUR/AUD selepas pasangan itu mencapai carta 4 Jam 'Bearish Orderblock' pada 1.6217. Pasangan mata wang ini dilihat seperti telah mendapat momentum untuk menurun untuk menguji kawasan yang lebih rendah. Selagi harga tidak menembusi dan menutup di atas tahap 1.6276, maka pasangan mata wang ini akan melanjutkan penurunan harga ke tahap rendah bersih.
(Penafian)