USDJPY didagangkan di bawah rintangan jangka panjang utama pada 110-110.30 seperti yang telah kami katakan dalam kedudukan sebelum ini. Bagaimanapun dalam harga jangka pendek telah membentuk corak flag menaik dimana pergerakan menurun tidak harus diabaikan.
Segitiga hijau - corak flag menaik
Saluran biru - aliran rintangan jangka panjang
USDJPY sekali lagi pada tahap 110. Ini adalah tahap rintangan jangka panjang penting dan pergerakan kenaikan harga perlu berhati-hati. Setakat ini, tindakan harga telah menyokong senario kenaikan harga. Pembentukan flag kenaikkan jika disahkan dengan penembusan harga di atas 110.30 boleh menolak harga ke arah 111.30-112. Setakat ini harga tidak menembusi sebarang tahap sokongan utama. Selepas pergerakkan menaik terbaru dari 108.25, harga telah terhenti dan kebanyakannya pergerakan mendatar. Harga berada dalam keadaan terlebih beli.
Garisan hijau - garis aliran sokongan jangka panjang
Garis merah - sasaran kenaikan harga yang berpotensi
Jika harga berjaya melepasi tahap 110.30 dan kekal di atasnya, kita harus melihat pergerakan harga ke arah sasaran garis merah kami yang merupakan pengembangan Fibonacci pada kenaikan harga terakhir dari 108.25. Oleh itu sasaran pertama kami adalah sekitar 111.30 dan seterusnya pada 112.40. Rintangan yang paling penting untuk kenaikan harga adalah garis aliran utama yang menurun. Setakat ini, USDJPY tidak berjaya menembusinya. Walaupun banyak penolakan, harga juga tidak lagi menembusi tahap sokongan utama. Oleh itu, kita kekal fokus di sini sebagai satu langkah besar ke arah 112 atau ke arah 106 boleh datang dalam minggu-minggu akan datang.